F0Ll0W L@ T3m0YO..(O_o)

tahniah safee

JAKARTA – Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui yang dia tidak menyangka akan membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.penyerang Selangor kelahiran Kajang itu meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Pada final kedua di sini malam tadi, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.
Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510)

No comments: